Persaraan

Selamat petang!


Saya telah pulang ke Singapura selepas tiga tahun di maktab tersebut dan menjadi seorang pendidik. Kini, saya sudah mendirikan rumah tangga dengan isteri kesayangan saya, Fatimah bte Hussain. Saya mengahwini wanita yang amat saya mencintai pada tahun 1950. Kita berdua sekarang dikurniai lapan cahaya mata. Empat dari mereka lelaki dan lagi empat perempuan pula. Dari 1949 ke 1954, saya menjadi guru di Sekolah Melayu Telok Kurau. Ia sungguh menyeronokkan untuk pulang ke sekolah lama saya! 


Selain menjadi seorang guru, saya pun mengikuti kelas Bahasa Inggeris di Mercantile dan C.Y.M.A College pada sebelah malamnya untuk memperbaiki diri saya. Selain daripada mengahwini isteri saya pada tahun 1950, saya juga mendirikan sebuah badan persuratan, Angkatan Sasterawan 50. Saya rasa bahawa dengan adanya bakat dan kebolehan seseorang sahaja untuk bidang sastera ini tidaklah mencukupi. Kerana itulah saya menubuhkan badan persuratan tersebut. Dengan adanya ini, jiwa dan rohani masyarakat boleh diisi dengan nilai-nilai yang murni oleh para penulis.


 Jawatan terakhir saya ialah sebagai seorang guru besar di Sekolah Rendah Tanah Merah Besar dari tahun 1971 sehingga tarikh yang saya akan bersara iaitu pada 12 Jun 1981. Sepuluh tahun saya akan bekerja sebagai seorang guru besar! Hmm... pasti saya akan merindui sekolah itu.

Para pembaca blog saya, tidak perlulah kamu risau. Saya akan mencari untuk sesuatu yang boleh saya mengambil seperti sebuah hobi, mungkin. Jangan risau, ya?


Masuri S.N.

No comments:

Post a Comment