Hobi saya

Salam sejahtera semua!


Sudah lama sejak saya mengemas kini blog ini. Saya mahu memberitahu para pembaca blog saya ini bahawa saya telah menjumpa sebuah hobi yang saya menikmati. Hobi tersebut ialah menulis puisi-puisi. Saya juga menerbitkan beberapa puisi yang saya telah karya. 


Saya rasa saya bermula berjinak-jinak dengan puisi dari sekolah rendah. Guru saya Allahyarham Alias Yusuf sewaktu mengajar subjek bacaan dan rencana, dia mengajar kami membuat pantun. Dia membuat pembayang awal dan kami menyudahkannya. Dan waktu itu, sayalah yang paling cepat dapat habiskan dan memberi jawapan yang menarik. Dari situlah saya meminati bidang ini. Kemudian diikuti dengan dorongan Cikgu Ibrahim Mohamad. 


Sebenarnya, sejak tahun penjajahan Jepun iaitu sekitar 1944, saya telah menulis beberapa kuntum sajak. . Antaranya ialah 'Bunga Sakura' & 'Ros Kupuja'. Itulah sajak terawal yang saya telah menulis. Pada masa itu, ia susah untuk menerbitkan puisi. Orang Jepun sentiasa mengawasi apa sahaja yang akan diterbitkan. Jadi terpaksalah tanamkan makna sebenar sedalam mungkin. Walaubagaimanapun, saya masih dapat menghasilakn sebanyak lima belas kuntum sejak pada zaman Jepun tersebut. Masa itu, semua orang sedang menderita. Syukur Alhamdulillah, masa kini lebih tenteram.


Walaupun penjajahan Jepun sesuatu yang amat menyedihkan dan penuh dengan sengsara, saya masih bersyukur dengan pengalaman saya dengan kejadian itu tersebut. Saya rasa bahawa dengan pengalaman tersebut, saya menjadi lebih matang. Ini kerana saya mampu meninjau kesan zaman Jepun daripada perspektif proaktif. Walaupun saya masih remaja, saya tersentak dengan realiti ini dan mula berasa kepentingan memperjuankan kepentingan tanah air dan bangsa serta mementingkan erti kemanusiaan.Semasa masa penderitaan tersebut saya telah nampak mayat-mayat yang dicincang oleh askar-askar Jepun di sepanjang Sungei Road. Sajak-sajak berbentuk nasionalistik saya pun dilahir setelah mendapat tiupan semangat nasionalis Jepun.


Jadi, mungkin hobi saya terkini tidak sah dikatakan hobi baharu. Sebaliknya, saya hanya menyambung membuat apa yang saya meminati sejak kecil lagi. Saya bersyukur kerana kejayaan saya dalam menghasilkan sajak-sajak yang diterbitkan dalam akhbar dapat mendorong saya untuk menyambung hobi ini. Lebih-lebih lagi, pada masa itu, saya hanya berumur 17 tahun. 


 Insyallah, saya akan menjumpa masa untuk berkongsi dengan kamu semua beberapa puisi-puisi yang saya telah karya, ya? 


Masuri S.N. 



No comments:

Post a Comment