Biodata III

Buku sajak saya yang terakhir bertajuk 'Suasana Senja' dilancarkan pada tahun 2003 sempena majlis meraikan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pendidikan Sultan Idris ke atas saya. Saya digelar 'Pujangga' oleh dunia sasterawan kerana saya aktif dan produktif dalam bidang ini. Saya juga dianggap 'bapa persajakan moden' kerana pendekataan saya merekonstruksi penulisan sajak daripada pendekatan  puisi tradisional yang berunsur pantun. Saya dianggap menulis 'pantun yang tidak seperti pantun' oleh guru sekolah saya dahulu.

Inilah sekilas latar belakang saya. Saya dilahirkan pada 11 Jun 1927 di Geylang Road Singapura dan bersekolah di Sekolah Melay Teluk Kurau dari tahun 1933 hingga 1940. Di sinilah saya mula berjinak-jinak dengan puisi. Seperti telah ditakdirkan, sedang saya berjinak-jinakdengan persajakan Jepun menyerang Malaya dan merampas negara iu daripada penjajahan kolonial. Pada masa itu saya masih remaja yang tersentak dengan realiti ini. Saya mula merasa kepentingan memperjuangkan kepentingan tanah air dan bangsa dan juga mempentingkan erti kemanusiaan. Saya pun mula menulis dua kuntum sajak bertajuk 'Bunga Sakura' dan 'Ros Kupuja' setelah menyaksikan melihat mayat-mayat yang bergelimpang dicincang di sepanjang Sungei Road semasa penjajahan Jepun. Sajak-sajak berbentuk nasionalitik ini lahir setelah mendapat tiupan semangat nasiolis Jepun.

Kejayaan saya menghasilkan sajak-sajak yang diterbitkan dalam akhbar memberangsangkan lagi untuk saya menulis 15 kuntum sajak lagi tentang zaman Jepun. Ketika itu saya masih berusia 17 tahun. Zaman Jepun merupakan penaman bertapak dalam dirinya. Ini dapat dilihat apabila Masuri mampu meninjau kesan zaman Jepun daripada perpektif proaktif.

No comments:

Post a Comment